Thursday, 28 February 2013

~TiGa JeNis RakAn~

Assalamualaikum...

Jom kenali rakan-rakan kita...


Tiga jenis kawan kata Imam Al-Ghazali :


Kawan yang pertama :
Kawan yang ada ilmu. Bila kita berkawan dengan dia,dia sentiasa bagi ilmu dan nasihat agama kepada kita. Imam Ghazali kata jangan lepaskan kawan ini. Berkawanlah kerana kebaikan banyak diperolehi.


Kawan yang kedua :
Dia tak ada ilmu tapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepada dia. Imam Ghazali kata jangan lepaskan kawan ini. Berkawanlah kerana dengan kita sampaikan ilmu dan nasihat kepada dia, dia dapat laksanakan perintah Allah SWT.


Kawan yang ketiga :
Dia tak ada ilmu, kita ada ilmu. tetapi bila kita bagi ilmu dan nasihat kepada dia, dia tak terima dan macam - macam bagi alasan iaitu seperti tak suka ilmu yang disampaikan. Dia reject ilmu dan nasihat yang kita bagi. Imam Ghazali kata jangan kawan dengan orang yang macam ini kerana tiada bagi manfaat kepada kita dan dia. Dan takut - takut kita terikut cara dan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.


Inilah antara 3 jenis kawan. Cuba lihat orang kat sekeliling kita. Mana satu antara ini kawan - kawan kita. Cuba berfikir sejenak. Tetapi jika kita ingin merubah dirinya, ubahlah secara perlahan - lahan tanpa menyinggungnya kerana dia juga seorang manusia seperti kita. Yakinlah pada suatu masa, dia pasti akan berubah. Tetapi jika dia terus dengan kedegilannya, dan kita nasihat seperti mencurahkan air ke daun keladi, maka kata Imam Ghazali kita berundurlah...


Aku juga akui bahawa aku juga insan biasa seperti manusia lain. Andai diri ini pernah melakukan kesalahan/dosa, ampunilah aku dan tegurlah aku dengan penuh berhemah. Aku juga sedang belajar untuk berubah ke arah yang diredhaiNya. Doakanlah aku wahai sahabat.


Renung - renungkan dan selamat beramal :)














No comments: