Friday, 4 November 2011

....kEtEntUaN-Mu....

assalamualaikum....
ketika menulis entry ini,diriku berasa sangat kerdil sekali.terasa diriku adalah seorang hamba yang telah banyak melakukan dosa kepadaMu.dan mungkin inilah balasanMu terhadapku dan mungkin juga dugaanMu untuk kembali kepadaMu.kini aku pasrah dengan ketentuanMu dan aku berharap agar kau kuatkanlah semangatku untuk meneruskan hidup ini Ya Allah.hindarilah hambamu ini daripada putus asa dan kau berilah aku petunjuk dan hidayah agar aku kembali ke jalanMu.ampunilah hambamu ini Ya Allah.kembalikanlah aku ke jalanMu.dan kau berilah petunjuk kepadaku agar aku tidak akan mensia-siakan lagi hidupku.sesungguhnya aku patut sedar akan hal ini dari dahulu lagi.inilah akibatnya apabila manusia telah lalai dan leka tentang tujuan mereka di atas muka bumi Allah ini.kepada mak dan abah,aku memohon seribu kemaafan kerana telah mengecewakan mereka sekali lagi.maaf kerana diriku,air matamu mengalir lagi..


kini,aku telah sedar akan kesalahanku dan aku berjanji tidak akan mengecewakan mak abah lagi..aku akan cuba sedaya upayaku untuk terus berjuang sampai ke penamatnya.insyaAllah..itu janji aku mulai saat ini.aku juga berjanji akan berubah demi masa depanku sendiri...namun,aku perlukan bimbingan serta sokonganmu juga rakan-rakan..moga Allah memakbulkan doaku dan menanamkan malah membajai lagi semangatku untuk terus berjuang..


untuk mak dan abah,restumu amat penting buatku..daokanlah kejayaan anakmu ini hingga ke penamatnya dan hingga tercapai segala cita-citanya yang juga cita-citamu..amin..
terima kasih..

No comments: